Selamat Datang

Nuffnang

Powered By Blogger

Wednesday, June 30, 2010

Penubuhan Negara Yahudi Israel

Menyedari bahawa suatu platform antarabangsa dan komuniti diperlukan untuk perlaksanaan matlamat One World Government. Dajjal telah melakukan suatu perancangan rapi untuk menubuhkan negara Yahudi Israel melalui kaedah-kaedah perundangan antarabangsa dan sekiranya tidak berjaya kaedah paksaan akan digunakan.

Melalui pergerakan Illuminati yang majoriti ahli-ahlinya berkelulusan Undang-Undang, Dajjal dari pejabatnya di Segitiga Bermuda (menurut Muhammad Isa Dawud) telah merancang bahawa negara Yahudi perlu ditubuhkan melalui suatu gerakan NGO yang kuat yang dapat mempengaruhi ahli-ahli politik dunia. Maka keputusan yang dibuat ialah menubuhkan pertubuhan Zionis. Pertubuhan ini akan berfungsi sebagai agen penggerak utama dalam menubuhkan negara Israel dan akhirnya bertindak sebagai pemerintah negara tersebut. Oleh itu seseorang perlu dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan kerja-kerja ini.

Sejarah Pertubuhan Zionist Antarabangsa

Pertubuhan Zionist diasaskan oleh seorang bekas peguam yang berbangsa Yahudi iaitu Theodor Herzl (Gambar). Herzl dilahirkan di Budapest, Hungary. Dia menerima ijazah dalam perundangan tetapi memilih untuk menceburi bidang penulisan.

Bagaimana timbul idea menubuhkan Zionist ?

Menurut suatu sumber, pada 1891 semasa Herzl berumur 31 tahun, dia telah berhijrah ke Paris sebagai tetamu undangan bagi persidangan akhbar Vienna Neue Presse. Dia menganggap peningkatan sikap anti-sematik (anti yahudi) timbul kerana fahaman dan sikap orang yahudi sendiri yang tidak mahu berubah. (Sumber ini mungkin rekaan sahaja untuk menutup cerita bahawa Herzl sebenarnya sedang diarah “seseorang” bukannya suka-suka pergi Paris)

Semasa di Paris, dia menyaksikan sikap anti-sematik yang menebal di Francis semasa cuba membela Dreyfus yang cuba menyatakan kesaksian bagi kes penindasan Yahudi. Bila Herzl meninjau kelibat Alfred Dreyfus, dia terdengar suara sumbang dari para hadirin mengatakan “Death to the Jews!, death to the Jews!“. Dreyfus ialah seorang Yahudi sejati serta berpangkat besar dalam ketenteraan negara Perancis.

(Gambar) Alfred Dreyfus

Namun begitu, orang Perancis sangat maju, berbudaya di dunia. Sifat anti-sematik mereka susah untuk dihakis. Herzl berasa kurang senang dan menyimpulkan bahawa penyelesaian terhadap sifat anti-sematik ialah menempatkan semula mereka (minoriti Yahudi) di tanah bumi asal mereka iaitu Palestin.

Anti-Sematik akan pudar, dia percaya, hanya bila Yahudi mempunyai negara mereka sendiri. Daripada itu, Herzl menubuhkan gerakan politik Zionist.

Selepas berjumpa Dreyfus, Herzl telah menggunakan sepenuh masa hidupnya untuk mencapai matlamatnya iaitu membina sebuah Negara Yahudi merdeka. Dia mula membuat risalah (brochure) dan mengedarkan risalah-risalah berikut dikalangan Yahudi Eropah. Risalahnya itu mendapat sambutan yang menggalakkan dari masyarakat Yahudi Eropah dari pelbagai negara.

Dalam tahun 1897, kongres pertama Dunia Zionist telah diadakan di Bassel, Switzerland. Ia merupakan kali pertama orang-orang Yahudi seluruh dunia berjumpa untuk membincangkan agenda politik. Bahasa perantaraan yang digunakan dalam kongress tersebut ialah bahasa Jerman. Mereka sedar bahawa organisasi politik perlu dibentuk untuk mencari negara baru. Kongress sebulat suara mengundi Herzl sebagai Presiden organisasi. Mereka mula menetapkan tarikh akhir, menetapkan corak bendera, dan bersetuju membuat perjumpaan setahun sekali. Pada pejumpaan pertama tersebut, Herzl telah berucap dengan mengatakan “Jika kamu semua berkendak, maka ia bukan lagi fantasi.”

(Gambar atas) Herzl berucap dalam Kongres ke-2 Zionis di Bassel.

Tidak dinafikan bahawa hasrat Herzl menubuhkan negara Yahudi iaitu Israel didorong oleh arahan dari pemimpinnya dalam pergerakan Illuminati. Cara Herzl bekerja adalah luar biasa. Dia tidak lagi menghiraukan akan kerjayanya dan keluarganya, malah yang lebih aneh ialah ia tidak perlu mencari sumber kewangan untuk bergerak ke serata dunia. Dari mana dia mendapatkan semua kos pengangkutannya ke sana ke mari itu?

Tidak lain adalah dari jutawan-jutawan yang juga ahli Illuminati. Jutawan-jutawan ini telah diarahkan untuk membantu Herzl dari sumber kewangan sebagai jalan memudahkan kerja-kerja Herzl. Jutawan-jutawan ini juga berbangsa Yahudi atau dikenali sebagai financiers.

Herzl Diherdik Khalifah

Persetujuan yang diperoleh tentang kawasan negara Israel ialah bumi Palestin. Pemilihan ini dibuat berasaskan disitulah tempat lahirnya Nabi Yaakub a.s. yang juga digelar bapa Bani Israel (Nama Israel adalah gelaran kepada Nabi Yaakub). Namun begitu, hasrat ini terhalang kerana ketika itu Palestin di bawah kekuasaan Kerajaan Islam Turki Uthmaniah. Khalifah Islam ketika itu ialah Sultan Abdul Hamed II (1876-1909) iaitu khalifah yang sangat tegas dan patuh kepada ajaran Islam.

(Kiri) Sultan Abdul Hamed ketika berumur 30-an. (Kiri) ketika lewat 60-an.

Herzl berangkat ke Turki pada Mei 1901 untuk berjumpa Khalifah. Misi Herzl ke sana ialah memujuk Khalifah menyerahkan bumi Palestin kepada orang-orang Yahudi. Malangnya, Khalifah enggan menyerahkannya kepada orang-orang Yahudi, malah permintaan Herzl itu dibalas dengan kata-kata berikut;

Beta lebih rela ditikam dengan besi daripada melihat Palestin hilang.

Herzl terkejut dengan pendirian Sultan Abdul Hamed, perasaan dendamnya pada khalifah tidak dapat dibendung lagi. Tetapi dendamnya perlu disimpan dahulu, jalan lain harus difikirkan sebagai menunaikan hasrat menubuhkan negara Israel.

Selepas itu, Herzl berhijrah ke seluruh dunia untuk mencari tempat yang sesuai bagi menubuhkan negara Israel. Herzl tahu itulah tugas yang diberi oleh pemimpinnya (Dajjal) sepanjang hidupnya, jika gagal mungkin ia akan ditimpa masalah.

Pada 1903 Joseph Chamberlain dari British Royal Commission telah menawarkan khidmat berunding dengan kerajaan Mesir bagi mendapatkan tempat di Selatan Palestin iaitu Semenanjung Sinai. Malangnya, rundingan gagal. Kerajaan British selepas itu menawarkan kawasan di Utara Afrika iaitu Uganda dan Cyprus. Herzl membawa cadangan ini kepada Kongres Zionis di Bussel.

Keputusan yang dibuat pada kongres ke-6 itu ialah persidangan sebulat suara tidak bersetuju dan bumi Palestin adalah kawasan terbaik untuk penempatan negara Israel memandangkan ia adalah bumi sejarah Yahudi dan makam Nabi Yaakub.

Herzl gagal dalam melaksanakan misi Illuminati, Zionis dan pemimpinnya Dajjal. Pada 1904, Herzl telah mati akibat serangan sakit jantung. Mayat beliau ditanam di Edlach, Selatan Austria. Herzl mati ketika berumur 44 tahun.

Taktik Akhir Dajjal Mendapatkan Palestin

Satu arahan diturunkan oleh Dajjal kepada pemimpin Zionis (pengganti Theodor Herzl) dalam melaksanakan misi mendapatkan Palestin. Arahan tersebut ialah “merencanakan revolusi menjatuhkan Kerajaan Khalifah Uthmaniah pimpinan Sultan Abdul Hamed IV. Tugasan ini diberikan kepada ahli freemason Yahudi Turki iaitu Mustapha Kamal Attartuk. Misi Mustafa Kamal mendapatkan Palestin berjaya apabila berjaya menggulingkan kerajaan Khalifah Islam terakhir itu dalam Revolusi Turki pada 27 April 1920

(Kiri) Semasa Revolusi 1919. (Kanan) Ketika menjadi kapten dalam Perang Gallipoli 1915.

Namun negara Yahudi tidak dapat ditubuhkan lagi atas sebab-sebab tertentu.

(Atas) Khalifah terakhir Sultan Abdul Hamed IV meninggalkan istana atas arahan Presiden Turki pertama Mustafa Kamal Attartuk pada 1922.

14 Cara Nabi Muhammad SAW Mendidik Anak

Bagaimanakah Nabi Muhammad SAW mendidik anak-anaknya kala itu?

Cara pendidikan Nabi Muhammad SAW pada anak-anak dapat digambarkan seperti di bawah ini:

1. Rasulullah senang bermain-main (menghibur) dengan anak-anak dan kadang-kadang beliau memangku mereka. Beliau menyuruh Abdullah, Ubaidillah, dan lain-lain dari putra-putra pakciknya Al-Abbas r.a. untuk berbaris lalu berkata, “ Siapa yang terlebih dahulu sampai kepadaku akan aku beri sesuatu (hadiah).”merekapun berlumba-lumba menuju beliau, kemudian duduk di pangkuannya lalu Rasulullah menciumi mereka dan memeluknya.

2. Ketika Ja’far bin Abu Tholib r.a, terbunuh dalam peperangan mut’ah, Nabi Muhammad SAW, sangat sedih. Beliau segera datang ke rumah Ja’far dan menemui isterinya Asma bin Umais, yang sedang membuat roti, memandikan anak-anaknya dan memakaikan bajunya. Beliau berkata, “Suruh kemarilah anak-anak Ja’far. Ketika mereka datang, beliau menciuminya. Sambil menitiskan air mata. Asma bertanya kepada beliau kerana telah mengetahui ada musibah yang menimpanya.

3. “Wahai Rasulullah, apa gerangan yang menyebabkan anda menangis? Apakah sudah ada berita yang sampai kepada anda mengenai suamiku Ja’far dan kawan-kawanya?” Beliau menjawab, “Ya benar, mereka hari ini telah di timpa musibah.” Air mata beliau mengalir dengan deras. Asma pun menjerit sehingga orang-orng perempuan berkumpul mengerumuninya. Kemudian Nabi Muhammad SAW. kembali kepada keluarganya dan beliau bersabda, “janganlah kalian melupakan keluarga Ja’far, buatlah makanan untuk mereka, kerana sesungguhnya mereka sedang sibuk menghadapi musibah kematian Ja’far.”

4. Ketika Rasulullah melihat anak Zaid menghampirinya, beliau memegang kedua bahunya kemudian menangis. Sebahagian sahabat berasa hairan kerana beliau menangisi orang yang mati syahid di peperangan Mut’ah. Lalu Nabi Muhammad SAW. pun menjelaskan kepada mereka bahwa sesungguhnya ini adalah air mata seorang kawan yang kehilangan kawannya.

5. Al-Aqraa bin Harits melihat Nabi Muhammad SAW. mencium Al-Hasan r.a. lalu berkata, “Wahai Rasulullah, aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium mereka.” Rasulullah bersabda, “Aku tidak akan mengangkat engkau sebagai seorang pemimpin apabila Allah telah mencabut rasa kasih sayang dari hatimu. Barang siapa yang tidak memiliki rasa kasih sayang, nescaya dia tidak akan di sayangi.”

6. Seorang anak kecil dibawa kepada Nabi Muhammad SAW. supaya di doakan dimohonkan berkah dan di beri nama. Anak-anak tersebut di pangku oleh beliau. Tiba-tiba anak itu kencing, lalu orang-orang yang melihatnya berteriak. Beliau berkata, “jangan di putuskan anak yang sedang kencing, biarkanlah dia hingga selesai dahulu kencingnya.”
Beliau pun berdoa dan memberi nama, kemudian membisik orang tuanya supaya jangan mempunyai perasaan bahawa beliau tidak senang terkena air kencing anaknya. Ketika mereka telah pergi, beliau mencuci sendiri pakaian yang terkena kencing tadi.

7. Ummu Kholid binti Kho'id bin Sa’ad Al-Amawiyah berkata, “Aku beserta ayahku menghadap Rasulullah dan aku memakai baju kurung (gamis) berwarna kuning. Ketika aku bermain-main dengan cincin Nabi Muhammad SAW. ayahku membentakku, maka beliau berkata, “Biarkanlah dia.” Kemudian beliau pun berkata kepadaku, “bermainlah sepuas hatimu, Nak!

8. Dari Anas, diriwayatkan bahwa Nabi Muhammad SAW. selalu bergaul dengan kami. Beliau berkata kepada saudara lelakiku yang kecil, “Wahai Abu Umair, mengerjakan apa si nugair (nama burung kecil).”

9. Nabi Muhammad SAW. melakukan solat, sedangkan Umamah binti Zainab di letakkan di leher beliau. Di kala beliau sujud, Umamah tersebut di letakkanya dan bila berdiri di letakkan lagi di leher beliau. Umamah adalah anak kecil dari Abu Ash bin Rabigh bin Abdusysyam .

10. Riwayat yang lebih masyhur menyebutkan, Rasulullah pernah lama sekali sujud. dalam solatnya, maka salah seorang sahabat bertanya,” Wahai Rasulullah, sesungguhnya anda lama sekali sujud, hingga kami mengira ada sesuatu kejadian atau anda sedang menerima wahyu. Nabi Muhammad SAW, menjawab, “Tidak ada apa-apa, tetaplah aku di tunggangi oleh cucuku, maka aku tidak mahu tergesa-gesa sampai dia puas.” Adapun anak yang di maksud ialah Al-Hasan atau Al-Husain Radhiyallahu Anhuma

11. Ketika Nabi Muhammad SAW. melewati rumah putrinya, yaitu Sayyidah Faimah r.a., beliau mendengar Al-Husain sedang menangis, maka beliau berkata kepada Fatimah, “Apakah engkau belum mengerti bahwa menangisnya anak itu menggangguku.” Lalu beliau memangku Al-Husain di atas lehernya dan berkata, Ya Allah, sesungguhnya aku cinta kepadanya, maka cintailah dia.
Ketika Rasulullah SAW. sedang berada di atas mimbar, Al-Hasan tergelincir. Lalu beliau turun dari mimbar dan membawa anak tersebut.

12. Nabi Muhammad SAW. sering bermain-main dngan Zainab binti Ummu Salamah r.a. beliau memanggilnya, “Hai Zuwainib, hai Zuwainib berulang-rulang.”

13. Nabi Muhammad SAW. sering berkunjung ke rumah para sahabat Anshar dan memberi salam pada anak-anaknya serta mengusap kepala mereka.

14. Diriwayatkan, pada suatu hari raya Rasulullah SAW. keluar rumah untuk menunaikan solat ID. Di tengah jalan, beliau melihat banyak anak kecil sedang bermain dengan gembira sambil tertawa-tawa. Mereka mengenakan baju baru, sandal mereka pun tampak mengkilap. Tiba-tiba pandangan beliau tertuju pada salah seorang yang sedang duduk menyendiri dan sedang menangis tersedu-sedu. Bajunya kompang-kamping dan kakinya tiada bersandal. Rasulullah SAW, pun mendekatinya , lalu di usap-usap anak itu mendakapya ke dada beliau seraya bertanya, “mengapa kau menangis, Nak .” Anak itu hanya menjawab, “biarkanlah aku sendiri.” Anak itu belum tahu bahwa orang yang ada di hadapannya itu adalah Rasulullah SAW. yang terkenal sebagai pengasih. “Ayahku mati dalam suatu pertempuran bersama Nabi,” lanjut anak itu. “Lalu ibuku kawin lagi. Hartaku habis di makan suami ibuku, lalu aku di usir dari rumahnya. Sekarang, aku tak mempunyai baju baru dan makanan yang enak. Aku sedih melihat kawan-kawanku bermain dengan riangnya itu.”
Baginda Rasulullah SAW lantas membimbing anak tersebut seraya menghiburkannya, “Sukakah kamu bila aku menjadi bapamu, Fatimah menjadi kakakmu, Aisyah menjadi ibumu, Ali sebagai pakcikmu, Hasan dan Husain menjadi saudaramu?” Anak itu segera tahu dengan siapa ia berbicara. Maka langsung ia berkata, “mengapa aku tak suka, ya Rasulullah?” kemudian, Rasulullah SAW, pun membawa anak itu ke rumah beliau, dan diberinya pakaian yang paling indah, memandikannya, dan memberinya perhiasan agar ia tampak lebih gagah, lalu mengajak makan.
Sesudah itu, anak itu pun keluar bermain dengan kawan-kawannya yang lain, sambil tertawa-tawa sambil kegirangan. Melihat perubahan pada anak itu, kawan-kawannya merasa heran lalu bertanya, “Tadi kamu menagis, mengapa sekarang bergembira?” jawab anak itu, tadi aku kelaparan, sekarang sudah kenyang. Tadi aku tak mempunyai pakaian, sekarang aku mempunyainya, tadi aku tak punya bapa, sekarang bapaku Rasulullah dan ibuku Aisyah.” Anak-anak lain bergumam, Wah, andaikan bapa kita mati dalam perang.” Hari-hari berikutnya, anak itu tetap di pelihara, oleh Rasulullah SAW. hingga beliau wafat.

Cara mendidik anak menjadi pintar

Menjadi anak pintar bukanlah sebuah anugerah yang diberikan oleh Tuhan saja. Melainkan ada beberapa faktor atau cara mendidik yang membuat seorang anak memiliki otak encer dibanding yang lain. Berikut beberapa hal yang disampaikan oleh MSNNews tentang seharusnya pendidikan yang didapat anak.

Pendidikan yang saya sebut disini bukanlah formal di sekolah. Melainkan yang harus dilakukan orang tua di rumah. Berikut beberapa cara yang membuat anak dapat menjadi lebih pintar dibanding yang lain :

Bermain musik
Cara ini dapat merangsang pertumbuhan otak kanan. Dan dari studi yang dilakukan oleh universitas Toronto, ini dapat meningkatkan IQ dan nilai akademis anak. Bintang pernah membaca sebuah artikel kenapa orang zionis israel menjadi pintar. Salah satunya adalah sejak masih dini mereka sudah dilatih konsentrasinya dengan bermain Piano.

Mengembangkan rasa ingin tahu anak
Pendidikan yang sukses karena anak pintar selalu ingin tahu akan hal baru. Maka daripada itu sejak kecil biasakan anda sebagai orang tua harus selalu menunjukkan rasa ingin tahu kepada anak.

Dengan begitu anda tidak perlu menyuruh anak untuk belajar ini itu. Karena dia sendiri yang akan penasaran. Otomatis dengan semakin banyak yang dia pelajari akan membuatnya menjadi pintar. Cara mendidik yang baguskan?

Budayakan membaca
Dengan kegiatan membaca akan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan perkembangan kognitif anak. Lalu bagaimana cara untuk melakukannya? Membacakan dongeng untuk anak bisa menjadi salah satu jalan keluar. Cara lain, berikan anak hadiah sebuah buku yang dapat menarik perhatiannya.

Apalagi sekarang sudah zaman internet, mengapa tidak gunakan itu senjata dalam mendidik? Internet sudah terbukti cara ampuh untuk membuat orang sering membaca. Tentu saja karena ini untuk pendidikan anak untuk menjadi pintar, harus tetap ditemani oleh Orang Tua.

Kepercayaan diri
Mendidik anak pintar yang baik adalah membuatnya percaya diri dan selalu optimis bahwa dia bisa melakukan sesuatu. Salah satu cara adalah berpatisipasi dalam kegiatan olahraga maupun sosial dapat membantunya.Dan jangan sekalipun mendidik anak sehingga dia menjadi tidak PD.

Salah satu contoh adalah Ketika seorang ibu mengkritik gambar anaknya karena langitnya berwarna merah bukan biru. Sepertinya hal itu sepele. Tapi itu bukan pendidikan anak yang bagus. Karena anak jadi takut melakukan sesuatu karena salah. Dan manusia yang tidak pernah melakukan sesuatu bagaimana mungkin menjadi pintar.

Beberapa hal lain yang dapat membuat anak menjadi pintar adalah dengan tentu saja memberikan ASI, menyingkirkan makanan cepat saji dan memberikan makanan yang sehat, membiasakan berolahraga. Mudah-mudahan jika anda mendidik dengan pendidikan seperti cara diatas, anak bisa menjadi lebih pintar.

Mari Kita Kongsi Bersama-Sama

Cara mendidik anak-anak


15 Feb 2006
Syeikh Muhammad Soleh Uthaimin

Cara mendidik anak Syeikh Muhammad Soleh Uthaimin Apabila telah tampak tanda-tanda tamyiz pada seorang anak, maka selayaknya dia mendapatkan perhatian sesrius dan pengawasan yang cukup. Sesungguhnya hatinya bagaikan bening mutiara yang siap menerima segala sesuatu yang mewarnainya. Jika dibiasakan dengan hal- hal yang baik, maka ia akan berkembang dengan kebaikan, sehingga orang tua dan pendidiknya ikut serta memperoleh pahala. Sebaliknya, jika ia dibiasakan dengan hal-hal buruk, maka ia akan tumbuh dengan keburukan itu. Maka orang tua dan pedidiknya juga ikut memikul dosa karenanya.

Oleh karena itu, tidak selayaknya orang tua dan pendidik melalaikan tanggung jawab yang besar ini dengan melalaikan pendidikan yang baik dan penanaman adab yang baik terhadapnya sebagai bagian dari haknya. Di antara adab-adab dan kiat dalam mendidik anak adalah sebagai berikut:

1. Hendaknya anak dididik agar makan dengan tangan kanan, membaca basmalah, memulai dengan yang paling dekat dengannya dan tidak mendahului makan sebelum yang lainnya (yang lebih tua, red). Kemudian cegahlah ia dari memandangi makanan dan orang yang sedang makan.

2. Perintahkan ia agar tidak tergesa-gesa dalam makan. Hendaknya mengunyahnya dengan baik dan jangan memasukkan makanan ke dalam mulut sebelum habis yang di mulut. Suruh ia agar berhati-hati dan jangan sampai mengotori pakaian.

3. Hendaknya dilatih untuk tidak bermewah-mewah dalam makan (harus pakai lauk ikan, daging dan lain-lain) supaya tidak menimbulkan kesan bahwa makan harus dengannya. Juga diajari agar tidak terlalu banyak makan dan memberi pujian kepada anak yang demikian. Hal ini untuk mencegah dari kebiasaan buruk, yaitu hanya memen-tingkan perut saja.

4. Ditanamkan kepadanya agar mendahulukan orang lain dalam hal makanan dan dilatih dengan makanan sederhana, sehingga tidak terlalu cinta dengan yang enak-enak yang pada akhirnya akan sulit bagi dia melepaskannya.

5. Sangat disukai jika ia memakai pakaian berwarna putih, bukan warna-warni dan bukan dari sutera. Dan ditegaskan bahwa sutera itu hanya untuk kaum wanita.

6. Jika ada anak laki-laki lain memakai sutera, maka hendaknya mengingkarinya. Demikian juga jika dia isbal (menjulurkan pakaiannya hingga melebihi mata kaki). Jangan sampai mereka terbiasa dengan hal- hal ini.

7. Selayaknya anak dijaga dari bergaul dengan anak-anak yang biasa bermegah-megahan dan bersikap angkuh. Jika hal ini dibiarkan maka bisa jadi ketika dewasa ia akan berakhlak demikian. Pergaulan yang jelek akan berpengaruh bagi anak. Bisa jadi setelah dewasa ia memiliki akhlak buruk, seperti: Suka berdusta, mengadu domba, keras kepala, merasa hebat dan lain-lain, sebagai akibat pergaulan yang salah di masa kecilnya. Yang demikian ini, dapat dicegah dengan memberikan pendidikan adab yang baik sedini mungkin kepada mereka.

8. Harus ditanamkan rasa cinta untuk membaca al Qur'an dan buku- buku, terutama di perpustakaan. Membaca al Qur'an dengan tafsirnya, hadits-hadits Nabi n dan juga pelajaran fikih dan lain-lain. Dia juga harus dibiasakan menghafal nasihat-nasihat yang baik, sejarah orang-orang shalih dan kaum zuhud, mengasah jiwanya agar senantiasa mencintai dan menela-dani mereka. Dia juga harus diberitahu tentang buku dan faham Asy'ariyah, Mu'tazilah, Rafidhah dan juga kelompok-kelompok bid'ah lainnya agar tidak terjerumus ke dalamnya. Demikian pula aliran-aliran sesat yang banyak ber-kembang di daerah sekitar, sesuai dengan tingkat kemampuan anak.

9. Dia harus dijauhkan dari syair-syair cinta gombal dan hanya sekedar menuruti hawa nafsu, karena hal ini dapat merusak hati dan jiwa.

10. Biasakan ia untuk menulis indah (khath) dan mengahafal syair- syair tentang kezuhudan dan akhlak mulia. Itu semua menunjukkan kesempurnaan sifat dan merupakan hiasan yang indah.

11. Jika anak melakukan perbuatan terpuji dan akhlak mulia jangan segan-segan memujinya atau memberi penghargaan yang dapat membahagia- kannya. Jika suatu kali melakukan kesalahan, hendaknya jangan disebar-kan di hadapan orang lain sambil dinasihati bahwa apa yang dilakukannya tidak baik.

12. Jika ia mengulangi perbuatan buruk itu, maka hendaknya dimarahi di tempat yang terpisah dan tunjukkan tingkat kesalahannya. Katakan kepadanya jika terus melakukan itu, maka orang-orang akan membenci dan meremehkannya. Namun jangan terlalu sering atau mudah memarahi, sebab yang demikian akan menjadikannya kebal dan tidak terpengaruh lagi dengan kemarahan.

13. Seorang ayah hendaknya menjaga kewibawaan dalam ber-komunikasi dengan anak. Jangan menjelek-jelekkan atau bicara kasar, kecuali pada saat tertentu. Sedangkan seorang ibu hendaknya menciptakan perasaan hormat dan segan terhadap ayah dan memperingatkan anak-anak bahwa jika berbuat buruk maka akan mendapat ancaman dan kemarahan dari ayah.

14. Hendaknya dicegah dari tidur di siang hari karena menyebabkan rasa malas (kecuali benar-benar perlu). Sebaliknya, di malam hari jika sudah ingin tidur, maka biarkan ia tidur (jangan paksakan dengan aktivitas tertentu, red) sebab dapat menimbulkan kebosanan dan melemahnya kondisi badan.

15. Jangan sediakan untuknya tempat tidur yang mewah dan empuk karena mengakibatkan badan menjadi terlena dan hanyut dalam kenikmatan. Ini dapat mengakibatkan sendi-sendi menjadi kaku karena terlalu lama tidur dan kurang gerak.

16. Jangan dibiasakan melakukan sesuatu dengan sembunyi-sembunyi, sebab ketika ia melakukannya, tidak lain karena adanya keyakinan bahwa itu tidak baik.

17. Biasakan agar anak melakukan olah raga atau gerak badan di waktu pagi agar tidak timbul rasa malas. Jika memiliki ketrampilan memanah (atau menembak, red), menunggang kuda, berenang, maka tidak mengapa menyi-bukkan diri dengan kegiatan itu.

18. Jangan biarkan anak terbiasa melotot, tergesa-gesa dan bertolak (berkacak) pinggang seperti perbuatan orang yang membangggakan diri.

19. Melarangnya dari membangga-kan apa yang dimiliki orang tuanya, pakaian atau makanannya di hadapan teman sepermainan. Biasakan ia ber-sikap tawadhu', lemah lembut dan menghormati temannya.

20. Tumbuhkan pada anak (terutama laki-laki) agar tidak terlalu mencintai emas dan perak serta tamak terhadap keduanya. Tanamkan rasa takut akan bahaya mencintai emas dan perak secara berlebihan, melebihi rasa takut terhadap ular atau kalajengking.

21. Cegahlah ia dari mengambil sesuatu milik temannya, baik dari keluarga terpandang (kaya), sebab itu merupakan cela, kehinaan dan menurunkan wibawa, maupun dari yang fakir, sebab itu adalah sikap tamak atau rakus. Sebaliknya, ajarkan ia untuk memberi karena itu adalah perbuatan mulia dan terhormat.

22. Jauhkan dia dari kebiasaan meludah di tengah majlis atau tempat umum, membuang ingus ketika ada orang lain, membelakangi sesama muslim dan banyak menguap.

23. Ajari ia duduk di lantai dengan bertekuk lutut atau dengan menegakkan kaki kanan dan menghamparkan yang kiri atau duduk dengan memeluk kedua punggung kaki dengan posisi kedua lutut tegak. Demikian cara-cara duduk yang dicontohkan oleh Rasulullah Shallallaahu alaihi wa sallam.

24. Mencegahnya dari banyak berbicara, kecuali yang bermanfaat atau dzikir kepada Allah.

25. Cegahlah anak dari banyak bersumpah, baik sumpahnya benar atau dusta agar hal tersebut tidak menjadi kebiasaan.

26. Dia juga harus dicegah dari perkataan keji dan sia-sia seperti melaknat atau mencaci maki. Juga dicegah dari bergaul dengan orang- orang yang suka melakukan hal itu.

27. Anjurkanlah ia untuk memiliki jiwa pemberani dan sabar dalam kondisi sulit. Pujilah ia jika bersikap demikian, sebab pujian akan mendorongnya untuk membiasakan hal tersebut.

28. Sebaiknya anak diberi mainan atau hiburan yang positif untuk melepaskan kepenatan atau refreshing, setelah selesai belajar, membaca di perpustakaan atau melakukan kegiatan lain.

29. Jika anak telah mencapai usia tujuh tahun maka harus diperintahkan untuk shalat dan jangan sampai dibiarkan meninggalkan bersuci (wudhu) sebelumnya. Cegahlah ia dari berdusta dan berkhianat. Dan jika telah baligh, maka bebankan kepadanya perintah- perintah.

30. Biasakan anak-anak untuk bersikap taat kepada orang tua, guru, pengajar (ustadz) dan secara umum kepada yang usianya lebih tua. Ajarkan agar memandang mereka dengan penuh hormat. Dan sebisa mungkin dicegah dari bermain-main di sisi mereka (mengganggu mereka).

31. Demikian adab-adab yang berkaitan dengan pendidikan anak di masa tamyiz hingga masa-masa menjelang baligh. Uraian di atas adalah ditujukan bagi pendidikan anak laki-laki. Walau demikian, banyak di antara beberapa hal di atas, yang juga dapat diterapkan bagi pendidikan anak perempuan.

Wallahu a'lam.

Dari mathwiyat Darul Qasim "tsalasun wasilah li ta'dib al abna''" asy Syaikh Muhammad bin shalih al Utsaimin rahimahullah .

Diterjemahkan oleh, Ubaidillah Masyhadi http://mifty-away.tripod.com/id44.html
__________________________
_________________________________________

Monday, June 28, 2010

Doa Pelindung Diri


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t.

Pada kali ini sengaja saya cuba ambil satu hadis Nabi s.a.w. yg boleh diambil manfaat bersama untuk semua ahli kelab silat dan warga Mu'tah semua.Sengaja kita cuba kongsikan serba sedikit ilmu dan pengetahuan yg boleh di ambil.Di dalam hadis Nabi s.a.w. ini terkandung satu doa yg yg ma'thur malah juga termasuk di antara doa2 ma'thurat yg menjadi doa-doa amalan.Doa ini juga sebenarnya adalah antara doa sebagai pendinding diri ataupun pelindung diri.Dalam sabda Rasulullah s.a.w. :


Maksudnya :

Sabda Rasulullah s.a.w. " Tidaklah seorang hamba itu berdoa pada setiap pagi dan petang dengan nama Allah yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan di langitdan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui " baca tiga kali maka tidak ada yang akan memudaratkannya

( Riwayat At-Tirmizi )


Dimana di dalam hadis ini Nabi s.a.w. mengajar kepada kita satu doa seperti yg terdapat dalam hadis tadi.Apabila kita membaca doa tersebut 3 kali pada waktu pagi dan 3 kali pada waktu petang maka akan terhindarlah seorang hamba itu dari segala kemudaratan sepanjang pada hari itu.Doa yg diajarkan oleh Nabi s.a.w. kepada kita iaitu :

Maksud :

Dengan nama Allah yang tidak memberikan mudarat kepada sesuatu di bumi dan juga di langit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui

Mengikut dari segi bahasa kalau dilihat di dalam mukjam,perkataan ضر - يضر seperti yg di sebut dalam hadis tersebut yg juga terkandung di dalam doa ini membawa maksud yg banyak. Antaranya ialah bermaksud memudaratkan, membahayakan.

Jika kita mengamalkan doa tersebut,maka insya Allah kita akan terlindung dan terpelihara dari mudarat yg disebutkan di dalam hadis tadi.Sebenarnya terdapat banyak fadhilat atau rahsia yg terkandung disebalik doa yg diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. ini.Diantara mudarat yg terhindar dan terpelihara ialah terhindar dari perbuatan sihir.Sudah sedia maklum perbuatan sihir dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan itu sudah tidak dipertikaikan lagi.Mereka yg syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.

Jika kita melihat kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t.Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk.Tapi kebanyakan amalan sihir adalah tujuan untuk mengkhianati yg boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa kepada maut.Ada perbuatan sihir yg sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki dan ada juga yg terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yg mengandungi sihir yg dinamakan santau.


Disini penulis ingin cuba kongsikan serba sedikit pengalaman yg berlaku sendiri di tempat penulis ketika di Malaysia sebelum ini.Ketika makan di sebuah gerai makan.Pada masa itu ada seorang ustaz mahir bertarannum Al-Quran dan merdu suaranya apabila bertarranum Al-Quran.Ketika ustaz itu hendak meminum air yg di ordernya dari tuan kedai,gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya apabila membacakan doa seperti di atas.Kejadian ini berlaku kerana minuman tersebut ada mengandungi sihir santau.Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.
Begitulah serba sedikit pengalaman yg boleh dikongsikan.Dalam situasi yg lain pula,ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan.Bahan-bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yg menyebabkan sesiapa yg menjamah makanan itu akan merasa masakan itu sungguh sedap.Dengan mengamalkan doa ini insya Allah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.Semoga doa ini dapat dijadikan sebagai penghayatan dan amalan bersama Insya Allah.

Wallahu A'lam

Petua Mencuci Hati Ditulis Oleh Mohd Aidil Yahya

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya

8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.

Anak-anak Merupakan Anugerah dan Amanah Buat Ibubapa

Artikel ini saya perolehi dari halaman dinaluzriq.blogspot.com dan saya ingin berkongsi ilmu ini bersama-sama rakan yang lain dalam kita membentuk anak-anak yang soleh dan solehah.

Banyak perkara yang ingin dikongsi bersama anda semua, terutamanya dalam bab mendidik anak-anak. Kadang-kadang perasaan takut menyelubungi diri terutamanya dalam menelusuri sebuah perjalanan yang panjang dalam mendidik anak-anak. Suami dan isteri perlu sama-sama seiringan dalam membentuk mereka.


Saya masih ingat sepertimana yang Ustaz Hasrizal pernah menyebut, “biar mereka menangis sekarang daripada kita menangis kemudian”. Dalam bab menonton TV misalnya, kadang-kadang ibubapa merasakan dengan membuka siaran kartun menjadikan mereka “duduk diam”. Mereka tidak tahu memilih. Ibubapa yang sepatutnya memilih siaran untuk mereka. Banyak aksi-aksi kartun yang sebenarnya mendidik mereka menjadi seperti kartun. Aksi melompat, memukul dan sebagainya. Dalam usia 1 tahun sehingga 5 tahun adalah waktu yang paling kritikal dalam membentuk peribadi mereka.

Sekalipun kita menjaga dalam bab menonton TV, tetapi kemungkinan ruang untuk mereka terikut-ikut dengan kawan-kawan masih luas terbuka. Saya seringkali termenung memikirkan amanah besar yang dipikul dalam mendidik mereka. Saya takut dengan tahap kesabaran yang ada. “Hanya padaMu ya Allah aku memohon kesabaran dan ketabahan dalam mendidik anak-anak menjadi insan Soleh yang bermanfaat untuk ummat dan Islam”.

Saya ingin berkongsi dengan tetamu ziarah sekalian persoalan dalam mendidik anak-anak yang saya lontarkan berkenaan mendidik anak-anak kepada Prof. Dr. Sidek Baba sewaktu beliau membentangkan tajuk “The Role of an outstanding Murabbi in realizing Islamization of Knowledge”. Ketika saya berkampung di Felda Residence Trolak menghadiri kursus Ta’aruf and Intellecual Discourse (TIDE) pada 12-15 April 2010. Walaupun soalan saya agak sedikit tersasar daripada topik yang dibentangkan, namun saya tidak ingin melepaskan peluang dalam mengambil nasihat daripada seorang yang sangat berpengalaman. Saya ingin menjadi Murabbi kepada anak-anak saya dahulu sebelum saya menjadi Murabbi kepada anak-anak orang lain.

Di dalam mendidik anak-anak beberapa perkara perlu dititikberatkan oleh ibubapa, iaitu:

1) Tunjukkan kepada mereka “the real term” di dalam Islam contohnya Solat, bukan sembahyang, Rasulullah sebagai Qudwah.

2) Mulakan daripada peringkat umur yang masih muda.

3) Tunjukkan kepada mereka perkara-perkara yang elok dari aspek sikap dan cara kita.

4) Husband and wife relation. Biar mereka Nampak yang zahir dihadapan mereka sebuah keluarga yang baik, solehah, elok. Hubungan antara bapa dan ibu akan membentuk peribadi mereka. Mereka adalah apa yang mereka lihat.

Amanah Allah dalam mendidik anak-anak menjadi muslim yang sejati amat berat dan memerlukan tahap kesabaran dan ketabahan yang tinggi. Apakah kita hanya sekadar inginkan anak-anak yang cemerlang di dalam pelajaran tetapi hancur di dalam akhlak dan kelakukan? Nau’zubillahiminzalik. Ya Allah jadikan anak-anak kami penyejuk mata dan penawar hati kami, anak-anak yang Soleh berguna untuk masyarakat dan Islam.

Friday, June 25, 2010

Kebanggaan Asia

Keisuke HONDA

JPN
  • Date of Birth: 13 June 1986
  • Height: 182 cm
  • Shirt number: 18
  • Position: Midfielder
  • Current club: CSKA Moscow (RUS)
  • International Caps: 17
  • International Goals: 5
  • First international: Japan - Bahrain (22 June 2008)













Doa untuk anak sebagai panduan kita bersama......



Petua ini saya perolehi ketika saya membelek-belek blog lain dan saya terjumpa petua ini pada salah satu blog tersebut. Marilah kita bersama sama mengamalkan petua ini untuk kebahagian anak-anak kita. Tiada yang terbaik boleh kita berikan selain wang ringgit pendidikan yang sempurna bercampur kasih sayang sahaja mampu membentuk anak-anak kita ke jalan yang kita impikan.

Sebagai ibubapa kita inginkan yang terbaik untuk anak kita khususnya. Ini merupakan antara amalan-amalan yang akan membantu kita ibubapa dalam proses membentuk anak kita ke arah yang kita impikan.
1) Bacakan doa di atas kepala anak, hembus di kepalanya, ubun-ubunnya atau jantungnya insyaallah anak tidak degil.

2) Al-Fatihah sebagai satu senjata utk merangsang daripada melakukan sebarang masalah.

3) Ayat Qursi utk menghalau iblis & syaitan. Doa ini juga boleh dibaca utk menghindarkan anasir negatif yg masuk ke dlm badan anak yg menyebabkan mereka degil.

4)Surah Alam Nasyrah. Nabi juga menasihatkan Ali supaya membaca surah ini utk menerangkan hati & mudah ingat. Dan ia dibacakan kepada anak supaya mereka kurang degil dan lembut hati.

5) Surah Adh-Dhuhaa 1-5. Untuk anak yg malas sembahyang, degil, suka bergaduh & tension. Inilah surah utk anak menjadi solehah & soleh, lembut hati & dengar nasihat.

6) Doa Nabi Daud, "Ya Allah lembutkan bagi (nama anak) hati sebagaimana Kau lembutkan besi bagi Nabi Daud".

7) Surah Al-Anbiyaa ayat 69. Utk anak2 yg susah hendak sembahyang & liat sangat, doa yg paling mustajab ialah surah Ibrahim ayat 40, bermaksud " Ya Allah jadikan aku & anak-anakku org yg mendirikan solat".

8) Doa Manzzill - kombinasi ayat Al-Quran yg telah diajar nabi pada para sahabat kemudian ditulis oleh ulama.

9) Doa inilah sebagai senjata paling berkesan yg akan mengukuhkan iltizam kita & mudah menarik rahmat serta hidayat Allah supaya anak2 kita menjadi hebat.